Monday, October 19, 2009

Kek Durian


Sebenarnya kek ni menggunakan sukatan kek butter biasa, cuma ditambah durian sahaja. Mudah tetapi hasilnya sedap juga! Kek tidak terlalu kering dan cukup lembut.

Bahan-bahan:
250 gm mentega
230 gm gula halus
4 telur
200 gm tepung gandum + 50 gm tepung naik sendiri (diayak bersama)
1/2 tsp esen vanilla
10 ulas durian (dilenyek)

Cara-cara:
1) Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan tadi. Masukkan sedikit esen vanilla untuk menghilangkan bau hanyir telur.
3) Masukkan pula tepung yang telah diayak dan gaul rata.
4) Boleh letak sedikit susu segar jika adunan terlalu keras.
5) Durian: kupas lebih kurang 10 biji dan lenyekkan. Kemudian campurkan ke dalam adunan tadi.
6) Panaskan oven dalam 180C. Sementara itu, leserkan tin kek dengan sedikit mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
7) Masukkan adunan ke dalam tin kek. Penuhi setengah tin sahaja kerana kek akan naik.
8) Bakar selama 45 minit dan siap.

No comments:

Post a Comment