Showing posts with label biskut raya / festive biscuits. Show all posts
Showing posts with label biskut raya / festive biscuits. Show all posts

Thursday, October 1, 2009

Almond London

Biskut wajib Aidilfitri sejak dari 90-an lagi. Tak tahu lah dari mana asal namanya yang unik tu. Hasil Google jumpa blog Teratak Chetam. Banyak variasi resipi dalam blog ni. Saya ambil yang paling ringkas dan masukkan di sini ya. Selamat mencuba!

A must have biscuits during Eidul-fitri since the 90's. I have no idea the origins of the unique name. Google returns Teratak Chetam blog for the recipe. You can find a lot of variations there. One of the simplest I copied and pasted below. Give it a try!

ALMOND LONDON (kredit dari blog Chetam)
Amy Beh, Sumber : Kuali, The Star

Bahan-bahan:
125 g mentega
75 g gula icing
1 kuning telur

Ayak Bersama:
225 g tepung gandum
1/2 tsp tepung beras

300 g badam (dipanggang)
450 g coklat masakan (dicairkan)
Badam cincang (dipanggang)
Mangkuk kertas

Cara-cara:
Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur. Pukul lagi. Masukkan bahan kering yang sudah di ayak. Adun sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk.

Ambil sedikit doh, saiz sebesar guli, balut badam dan bentukkan menjadi sebiji bola.

Letakkan doh dalam loyang yang bergris. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 20-25 minitatau sehingga masak dan keemasan. Sejukkan apabila sudah masak.

Letakkan cookies ke dalam mangkuk kertas dan tuang coklat yang dicairkan di atasnya. Hiaskan dengan badam yang dicincang.


Ingredients:
125 g butter
75 g icing sugar
1 egg (yolk only)

Sift together:
225 g plain/wheat flour
1/2 tsp rice flour

300 g almonds (baked)
450 g cooking chocolate (melted)
Chopped almonds (baked) for decoration
Small paper cups


Methods:
Beat well butter and icing sugar. Add egg yolk to the batter and beat well. Add sifted flours and knead well to form a dough.

Take a bit of dough, about the size of a marble and form little disc, place the almond on top and wrap it tightly with the dough.

Carefully arranged them on a well greased tray. Bake in a 175C pre-heated oven for 20-25 minutes, until golden brown. Let them cool down for a couple of minutes.

Next, put them in the paper cups and pour melted cooking chocolate on top. Lastly, garnish with the chopped almonds on top and you're done.

Biskut Zarina


Biskut mengandungi Nestum.



Wednesday, September 30, 2009

Kuih Makmur

Kuih Makmur tradisional


Biskut Badam

Biskut Badam


Almond Biscuits

Barmasila


Bahan-bahan: Tepung gandum, mentega, serbuk koko, gula, telur, coklat masakan


Ingredients: Plain/wheat flour, butter, cocoa powder, sugar, eggs, cooking chocolate

Cornflakes


Biskut cornflakes yang rangup.
Bahan-bahan: Tepung gandum, mentega, gula, telur, Kellogs Cornflakes

Crunchy cornflakes biscuit.
Ingredients: Plain/wheat flour, butter, sugar, eggs, Kellogs Cornflakes

Biskut London Bridge


Biskut raya moden berintikan Cadbury Caramello.
Bahan-bahan: Tepung gandum, gula, mentega, Cadbury Caramello


Modern Raya biscuit with Cadbury Caramello filling.
Ingredients: Plain/wheat flour, sugar, butter, Cadbury Caramello


Biskut Jering


Biskut dari resipi turun temurun nenek moyang Dapur Ratu yang jarang ditemui semasa rumah terbuka Hari Raya.
Bahan-bahan: Mentega, gula, telur, tepung jagung, tepung gandum, serbuk koko


Traditional biscuit rarely found during Raya's 'open house'.
Ingredients: Butter, sugar, eggs, corn flour, plain/wheat flour, cocoa powder

Biskut Arab

Sedap & rapuh. Warnanya yang menarik, kanak-kanak pasti suka.


Bahan-bahan: Tepung gandum, minyak sapi, gula
Ingredients: Plain/wheat flour, ghee, sugar

Tat Gulung


Tat gulung berintikan jem nenas ini lain dari biasa di mana ianya rapuh dan cair di dalam mulut.
Bahan-bahan: Tepung gandum, mentega, gula, jem nenas


Different from your average pineapple-jam-filling tart where it's soft and melts in your mouth.
Ingredients: Flour, butter, sugar, pineapple jam